Saturday, January 9, 2016

The Mercenaries


Salam sejahtera

Konsep Cybertrooper menggunakan akaun sendiri di Media Sosial untuk berkempen bagi parti politik merupakan konsep yang di guna pakai sejak 2008 .Pada 2013 , konsep ini di beri pembaharuan apabila Red Bean Army mencipta beribu akaun di Facebook untuk menyerang pihak parti pemerintah . Konsep RBA ialah mencipta seberapa banyak akaun ( tentera maya ) dan memberikan arahan dari sebuah pusat .Akaun yang mereka cipta tidak menunjukkan ia mewakili secara jelas parti tertentu. Konsep ini sangat berkesan kerana pembaca dari golongan muda lebih tertarik kepada akaun peribadi yang seolah2 tidak di bayar untuk berkempen bagi sesuatu pihak . Cara berkempen RBA adalah spontan dan tidak formal , seolah2 sembang di kedai kopi yang lebih menarik minat user untuk membaca dan memberi komen. Penyampaian secara formal bukanlah sesuai untuk kempen santai bertujuan menarik pembaca dari golongan muda . Ia hanya lebih menarik minat golongan peminat politik tegar

 Konsep Mercenarise

* Menggabungkan konsep tradisi Cybertrooper 2008 dan RBA 2013

* Mencari peluang kerja bagi Cybertrooper yang bergabung

* Mencipta akaun baru untuk memperluaskan capaian kepada user

* Menggabungkan semua data milik ahli di bawah satu admin Cybertrooper

* Mencipta pendapatan dari gabungan data ahli

* Membayar ahli yang menjadi gabungan

Penggabungan Konsep Tradisi 2008 dan 2013

Cybertrooper yang bergerak secara sendirian memiliki jangkauan user yang terhad . Samada secara berkumpulan atau persendirian , ia tetap gagal membawa impak maksima kerana isu capaian user yg terhad dan tiada penyelarasan yang berpusat . Ia seperti peperangan yang tidak di kawal oleh seorang Jeneral , tetapi berpecah kepada beberapa kumpulan yang terdiri dari jumlah askar yang terhad dan berperang mengikut cara masing2. Untuk mencipta user yang baru , mulai sekarang akaun facebook mestilah di wujudkan seberapa banyak yang mungkin .Ia amat penting . Penyelarasan dari satu admin dan capaian user yang meluas adalah faktor penentu kepada keberkesanan kempen Cybertrooper di Media Sosial

 Mencari peluang kerja bagi Cybertrooper yang bergabung

Sebelum ini Cybertrooper di upah secara persendirian oleh pihak berkepentingan . Cara ini selalu berpotensi merugikan kedua2 pihak . Tiada kontrak dan perjanjian yang jelas .Pada bila2 masa sahaja Cybertrooper boleh juga berkempen bagi pihak lain atau pihak lawan .Mereka adalah ' double agen ' . Bagi pihak pemimpin pula , mereka pada bila2 masa sahaja boleh menghentikan kempen setelah matlamat di capai . Oleh itu banyak ruang wujud yang membolehkan kedua2 pihak mendapat kerugian tanpa di sedari.Menerusi konsep Mercenaries , setiap pemimpin yang ingin mendapatkan khidmat Cybertrooper mesti menerusi admin Persatuan .

Dengan wujudnya Mercenaries , pemimpin dan parti lawan boleh merujuk kepada admin Persatuan mengenai maklumat Cybertrooper yang ingin mereka upah agar tidak menjadi mangsa ' double agen ' . Berkenaan upah dari sesuatu kempen sebahagian bayaran akan di berikan kepada Cybertrooper yang terlibat dgn kempen tersebut dan sebahagian lagi di berikan kepada Persatuan .Dari bahagian Persatuan ini sebahagiannya pula  akan di peruntukkan untuk bayaran kepada seluruh ahli Persatuan yang tidak terpilih untuk menjadi Cybertrooper dalam  kempen tersebut . Ia akan di bahagi samarata .Untuk perincian mengenai ini akan di berikan dalam bab seterusnya

Mencipta akaun baru untuk memperluaskan capaian kepada user

Setiap ahli  di wajibkan mengwujudkan paling kurang sebuah akaun baru untuk di serahkan kepada pihak Persatuan . Akaun tersebut bertujuan memperluaskan capaian user .Namun begitu ahli tidak menjalankan tugasan tersebut secara percuma . Setiap user baru yang di daftarkan secara unik di dalam akaun baru akan di bayar oleh Persatuan kepada ahli . Bayaran ini mungkin tidak sekaligus , tetapi di bayar beransur-ansur mengikut kekukuhan kewangan Persatuan. Untuk perincian mengenai perkara ini akan di hurai dalam bab seterusnya

Menggabungkan semua data milik ahli di bawah satu admin Cybertrooper

Semua data dari akaun seluruh ahli akan di gabungkan dalam sebuah Group Mercenaries di FB . Group ini akan menunjukkan jumlah sebenar ahli Mercenaries secara unik iatu tanpa pertindihan user . Kegunaan group ini ialah :

* Menunjukkan jumlah sebenar ahli Mercenaries
* Menjalankan kempen politik apabila tiba waktunya
* Menarik ahli baru kedalam group menerusi konsep iklan bisnes untuk keahlian
* Mendapatkan sumber pendapatan untuk Persatuan dari jualan ruang iklan
* Mempromosikan Mercenaries kepada bakal penaja kempen

Untuk huraian terperini mengenai Group Mercenaries FB kan di huraikan dalam bab seterusnya

* Mencipta pendapatan dari gabungan data ahli

Setiap akaun ahli Persatuan memiliki potensi amat besar untuk pengumpulan data berbentuk e-mail dan WhatApp . Data ini penting untuk tujuan kempen dan mencari pendapatan bagi Persatuan . Data ini boleh di perolehi menerusi blog atau web yang mengandungi borang pengumpulan data ( subscribers ) di dalamnya . Blog yang berkesan ialah khidmat menawarkan produk2 percuma seperti e-book digital yang membantu menyelesaikan masalah pembaca . Blog ini akan di promosikan di wall setiap ahli secara tetap dan berkala .Produk percuma boleh di dapati secara meluas di internet dan juga sumbangan dari ahli sendiri . Autoresponder seperti Aweber , Traffic Wave dan Getresponse adalah contoh autoresponder yang boleh di gunakan . Data yang terkumpul akan di gunakan , di klasifasikan dan seterusnya di gunakan untuk tujuan kempen politik dan bisnes untuk pendapatan kepada Persatuan . Selain dari itu ia juga akan mempromosikan PAGE Persatuan dan beberapa Page berkaitan kepentingan Persatuan . Untuk perincian mengenai ini akan di terangkan dalam bab seterusnya

* Membayar ahli Mercenaries

Ada 3 sumber ahli akan di bayar 

* Dari bayaran kempen Cybertrooper
* Dari bayaran jualan iklan dan keahlian di Group Mercenaries
* Dari bisnes yang di jalankan Persatuan dari data yang terkumpul

Platform

Semua aktiviti ini akan di jalankan secara permulaan hasil dana sumbangan ahli dari bentuk yang akan di nyatakan . Setelah dana terkumpul mencukupi , Persatuan akan di daftarkan secara resmi .Akaun Persatuan akan di wujudkan . Ia kemungkinan besar di wujudkan dalam bentuk SYARIKAT . Setiap Cybertrooper yang menyertai sebagai ahli adalah pemegang sahamnya . Di sini lah jawapan kepada konsep menulis dan mencari pendapatan secara serentak 

Fasa 2

Mercenaries yang telah pun bergerak , memiliki Cybertrooper berdaftar , memiliki rangkaian user meluas ,menjana pendapatan dan memiliki pejabat akan memudahkan matlamat lebih besar di capai .Antaranya ;

1) Di tawarkan tugasan  kempen PRU14 untuk projek Gelombang Biru
2) Memohon kerjasama dari pihak pemodal seperti Dana Teroka ( capital venture )

Modal yang berjaya di kumpul akan di gunakan untuk membayar kos pengumpulan user baru oleh ahli Persatuan. Samada pihak Dana Teroka yang berminat menjadi rakan kongsi atau Parti Politik . Dalam kedua2 keadaan , syarat nya ialah ahli Persatuan akan di beri saham kawalan terhadap syarikat

Setakat itu dahulu buat kali ini . Huraian terperinci mengenai beberapa bab berkaitan perkara yang di terangkan di atas akan di terangkan kemudian